Blogger Widgets

Sunday, 29 July 2012

KISAH SEBATANG PENSIL!!!!!!



                                      Benda paling berjasa dalam hidup seorang insan!!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Seorang nenek menceritakan perihal sebatang pensil kepada cucunya.

"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya. "Pensil itu hanya bergerak ikut arahan dan gerakan kita. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita".

Begitu juga dengan kita. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita. ALLAH SWT yang menjadikan kita. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehNya. TanpaNya kita statik dan kaku.

Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perlu mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya.

Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Kualiti keempat, sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita. Kita perlu teliti dan kawal minda kita.

Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman.

                                                                              loving among pen &pensil


CERITA KE-2



Seorang pembuat pensil berkata kepada pensil yang sedang dibungkus dan akan dijual di pasaran.  Pensil itu dinasihati oleh pembuatnya mengenai tugas yang bakal dilakukannya nanti.
“Terdapat tujuh perkara yang perlu kamu tahu sebelum kamu memulakan tugas mu nanti.  Ingatlah tujuh perkara ini dan kamu pasti  akan menjadi pensil yang terbaik.
Pertama : Tugas mu yang pertama dan utama adalah membantu orang sehingga memudahkan mereka menulis.  Kamu boleh melakukan fungsi apa pun, tapi tugas utama mu adalah sebagai alat menulis.  Kalau kamu gagal berfungsi sebagai alat tulis seperti malas atau rusak, maka tugas utama mu gagal.
Kedua : Kamu mampu untuk melakukan perkara-perkara yang hebat, tetapi kamu jangan pernah lupa bahawa itu pun sekiranya kamu ikhlas membenarkan (meredakan) tangan-tangan membimbing langkah-langkah mu.
Ketiga :  Sesekali kamu harus berhenti menulis dan kamu akan ditajamkan dengan menggunakan penajam pensil.  Hal itu akan membuat kamu menderita sejenak, tetapi hal itu lah yang akan menjadikan kamu lebih berguna dan dapat menjalankan tugas kamu dengan lebih baik.
Keempat :  Bila kamu membuat kesalahan, jangan pernah ragu-ragu untuk dengan segera menggunakan pemadam yang ada dalam diri mu untuk menghapus kesalahan itu.
Kelima :  Yang penting bukanlah apa yang ada di luar diri mu. Yang penting, yang utama dan yang paling berguna adalah apa yang ada di dalam dirimu. Itulah yang membuat dirimu berharga dan berguna bagi manusia.
Keenam : Walau secantik mana kamu dihias kamu tetap tidak ada gunanya jika kamu berada ditangan orang-orang yang tidak berilmu dan kreatif.  Kamu hanya akan menghasilkan karya yang hebat hanya jika kamu berada ditangan yang hebat.
Ketujuh :  Walau apa pun situasi nya, kamu mesti terus menulis.  Kamu mesti mampu dan sentiasa meninggalkan tanda yang jelas dan berguna walau sukar bagaimana pun situasi yang terpaksa kamu hadapi. “

Kisah pensil ini amat berguna untuk kita renungi sebagai iktibar.
Pertama :  Kita sepatutnya yakin bahawa kita diciptakan bukanlah tanpa sebab. Kehadiran kita di dunia ini tentu ada tujuannya dan untuk itu kita perlu melaksanakan amanah itu dengan sebaiknya.
si tegak berjasa
Kedua : Sebagai makhluk yang paling sempurna ciptaannya, kita mampu untuk melakukan perkara-perkara yang hebat.  Tetapi kita perlu yakin bahawa setiap langkah-langkah kita ditentukan oleh Tuhan.  Kita perlu ikhlas dan reda dengan segala kehendak dan ketentuannya.
Ketiga : Sesekali dalam hidup kita perlu muhasabah diri kita.  Kita harus belajar menahan
penderitaan dan dukacita dalam kehidupan karena segala penderitaan dan dukacita itu akan membuat    kita menjadi orang yang lebih baik.
Keempat : Sebagai manusia kita mampu untuk membetulkan segala kesalahan yang kita lakukan.  Jangan teragak-agak dan malu untuk membetulkan kesalahan lalu kerana hal itu akan memastikan kita berada di atas landasan yang benar.
Kelima : Apa yang sangat penting bagi sebatang pensil bukanlah bahagian kayu di luarnya, tetapi grafit hitam di dalamnya.  Tanpa grafit hitam di dalamnya pensil tidak akan dapat berfungsi.  Begitu juga kita manusia dinilai bukan pada luarannya tetapi apa yang paling penting adalah apa yang ada di dalam diri kita.
Keenam : Sebagai manusia kita perlu hidup dan bekerjasama dengan orang lain jika kita ingin mendapat sesuatu yang hebat.  Secara individu kita tidak mampu mencipta kejayaan.  Oleh itu binalah kekuatan kita melalui perhubungan yang mulia.  Untuk menghasilkan sesuatu yang hebat juga sudah tentunya kita perlu sokongan dan bimbingan dari orang yang hebat juga.  Oleh itu dekatkan diri anda dikalangan orang-orang yang berilmu dan berjaya supaya anda mendapat munafaat daripadanya.
Ketujuh :  Sebagai manusia apa yang telah kita tinggalkan (wariskan) itulah yang membuktikan betapa hebatnya kita. Bukanlah darjah kebesaran dan  kekuasaan yang dimiliki, melainkan kerja-kerja kita yang telah memberi rahmat kepada seluruh alam dan makhluknya yang bakal menjadi bekalan. Itulah yang sebenarnya tujuan kenapa kita diciptakan.

No comments:

Post a Comment