Blogger Widgets

Sunday, 29 July 2012

Kisah Seekor Merpati dengan Seekor Kumbang


Dapatkah sang kumbang mencintai dan menyayangi sang merpati???????

Sang Kumbang
Pada suatu hari, hiduplah seekor Burung Merpati dan seekor Kumbang Hitam. Sang Merpati mencintai Sang Kumbang. Tak lama ia menyatakan cintanya pada Sang Kumbang. Katanya ” Sang Kumbang, aku sangat mencintaimu, maukah engkau menjadi pendamping hidupku?” Sang kumbang menjawab, ” Sayang beribu sayang, aku tidak berwarna Merah, jika saja aku berwarna merah, aku pasti akan mencintaimu.”


Sang Merpati
Lalu keesokan harinya mereka bertemu lagi. Sang Merpati berkata,” Sang Kumbang, demi membuktikan kuatnya cintaku, aku akan berbuat sesuatu, agar engkau dapat berubah warna menjadi merah, sehingga engkau dapat mencintaiku.”
Tiba-tiba, Sang Merpati memotong sayapnya sendiri. Darah yang tercurah dari lengan Merpati, mengubah warna Sang Kumbang  menjadi merah. Sontak, Kumbang  menjadi sangat senang. Namun tanpa disadari, ketikaSang Kumbang  ingin menyatakan cintanya, sang merpati telah tiada.
Akhirnya,Sang Kumbang menyesal. Dia telah kehilangan seseorang yang berharga yang telah mencintainya dengan tulus.
Kisah ini menggambarkan betapa indahnya sebuah pengorbanan yang dilandasi oleh CINTA
Ada sebuah Kasih yang ingin ku tunjukkan kepadamu. Kasih ini tiada duanya. Ia tidak menuntut, namun senantiasa memberi. Ia rela mengorbankan diri-Nya bagi kita. Supaya kita tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal.
Ia adalah Kasih dari seorang Sahabat bernama MP. Yang senantiasa berada di sampingku, dan menemaniku setiap waktu.

SHAHEIZY SAM DAN YANA SAMSUDIN





Lirik Lagu Begini Caranya – Shaheizy Sam / Yana Samsudin

Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/02/lirik-lagu-begini-caranya-shaheizy-sam.html#ixzz224qRvC9k




KISAH HANTU MENANGIS""""""""""""



GHOST RIDERS




Ini ada satu cerita hantu yang saya alami, ketika itu saya gan adik ipar saya nak pergi memancing di sebuah hutang di area selangor.

Kami memancing di sana sebab ada orng kata banyak ikan ketutu.Ikan ketutu mahal kalau dapat seekor pun dah di kira lumayan. 1kg rm70.00.

Kami bergerak dari rumah sekitar jam 4.12 petang dengan menaiki motor honda ex5. Kami sedikit pun tidak rasa takut, cuma di dalam kepala hanya memikirkan untuk mendapatkan duit dengan kerja yang kami lakukan.

Di kawasan hutan itu terdapat anak sungai yang pecah akibat banjir rupanya disitulah kawasan lubuk ikan ketutu. Ketutu suka mendiami kawasan lubuk yang dalam dan mempunyai rimbunan pokok mengkuang.
Kami tiba di kawasan Hutan Tebal itu tepat jam 7.15 petang. Berbekal 2 batng Joran dan umpan anak ikan.

Kami memancing tidak berjauhan maklumlah Hutan Tebal dan gelap gelita.

Malam itu kami dapat seekor ikan ketutu yang berat agak2 sekilogram. wah untung kita hari ni, menyebabkan kami mula gila nak mancing lagi. Ikan ketutu aktif bila waktu malam di siang hari ia akan jadi bodoh macam tunggul kayu.

Tiba-tiba hujan renyai2 di waktu bulan mengambang pada malam itu, hairan ribut tak ada, guruh pun tak ada tiba2 hujan. kami tidak berputus asa masih lagi meneruskan aktiviti memancing ketutu pada malam tersebut.

Tiba-tiba di jalan laluan balak lama muncul 1 kelibat manusia. Muka kami tidak nampak cuma nampak rambutnya panjang memcecah ke bumi di pacar
cahaya bulan hujan renyai2 pada malam itu, kain kafan menyaluti tubuhnya.

Dia bergerak pelahan-lahan menuju kearah kami dengan bunyi wanita sedang menangis.

Kami mula ketakutan lalu berlari mendapatkan motor yang tidak jauh dari tempat kami memancing.

Bunyi helaian jangan cakap, sangat kuat kedengaran.

kami memecut laju meninggalkannya..setelah jauh kami bergerak bunyi tangisan tersebut sudah pun reda. syukur tidak terjadi apa2 pada malam tersebut .hanya seekor ikan sahaja yang kami dapat.



Amaran....sebenarnya hantu itu menangis sebab dia nak balik rumah tak ada kenderaan dan korang tinggalkan dia jadi dia nangis ler...dah ler kawasan gelap dia pon takut ler maner tahu tiber2 ada hantui muncul...kihkihkih.......


sekian terima kasih..

KISAH SEBATANG PENSIL!!!!!!



                                      Benda paling berjasa dalam hidup seorang insan!!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Seorang nenek menceritakan perihal sebatang pensil kepada cucunya.

"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya. "Pensil itu hanya bergerak ikut arahan dan gerakan kita. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita".

Begitu juga dengan kita. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita. ALLAH SWT yang menjadikan kita. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehNya. TanpaNya kita statik dan kaku.

Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perlu mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya.

Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Kualiti keempat, sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita. Kita perlu teliti dan kawal minda kita.

Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman.

                                                                              loving among pen &pensil


CERITA KE-2



Seorang pembuat pensil berkata kepada pensil yang sedang dibungkus dan akan dijual di pasaran.  Pensil itu dinasihati oleh pembuatnya mengenai tugas yang bakal dilakukannya nanti.
“Terdapat tujuh perkara yang perlu kamu tahu sebelum kamu memulakan tugas mu nanti.  Ingatlah tujuh perkara ini dan kamu pasti  akan menjadi pensil yang terbaik.
Pertama : Tugas mu yang pertama dan utama adalah membantu orang sehingga memudahkan mereka menulis.  Kamu boleh melakukan fungsi apa pun, tapi tugas utama mu adalah sebagai alat menulis.  Kalau kamu gagal berfungsi sebagai alat tulis seperti malas atau rusak, maka tugas utama mu gagal.
Kedua : Kamu mampu untuk melakukan perkara-perkara yang hebat, tetapi kamu jangan pernah lupa bahawa itu pun sekiranya kamu ikhlas membenarkan (meredakan) tangan-tangan membimbing langkah-langkah mu.
Ketiga :  Sesekali kamu harus berhenti menulis dan kamu akan ditajamkan dengan menggunakan penajam pensil.  Hal itu akan membuat kamu menderita sejenak, tetapi hal itu lah yang akan menjadikan kamu lebih berguna dan dapat menjalankan tugas kamu dengan lebih baik.
Keempat :  Bila kamu membuat kesalahan, jangan pernah ragu-ragu untuk dengan segera menggunakan pemadam yang ada dalam diri mu untuk menghapus kesalahan itu.
Kelima :  Yang penting bukanlah apa yang ada di luar diri mu. Yang penting, yang utama dan yang paling berguna adalah apa yang ada di dalam dirimu. Itulah yang membuat dirimu berharga dan berguna bagi manusia.
Keenam : Walau secantik mana kamu dihias kamu tetap tidak ada gunanya jika kamu berada ditangan orang-orang yang tidak berilmu dan kreatif.  Kamu hanya akan menghasilkan karya yang hebat hanya jika kamu berada ditangan yang hebat.
Ketujuh :  Walau apa pun situasi nya, kamu mesti terus menulis.  Kamu mesti mampu dan sentiasa meninggalkan tanda yang jelas dan berguna walau sukar bagaimana pun situasi yang terpaksa kamu hadapi. “

Kisah pensil ini amat berguna untuk kita renungi sebagai iktibar.
Pertama :  Kita sepatutnya yakin bahawa kita diciptakan bukanlah tanpa sebab. Kehadiran kita di dunia ini tentu ada tujuannya dan untuk itu kita perlu melaksanakan amanah itu dengan sebaiknya.
si tegak berjasa
Kedua : Sebagai makhluk yang paling sempurna ciptaannya, kita mampu untuk melakukan perkara-perkara yang hebat.  Tetapi kita perlu yakin bahawa setiap langkah-langkah kita ditentukan oleh Tuhan.  Kita perlu ikhlas dan reda dengan segala kehendak dan ketentuannya.
Ketiga : Sesekali dalam hidup kita perlu muhasabah diri kita.  Kita harus belajar menahan
penderitaan dan dukacita dalam kehidupan karena segala penderitaan dan dukacita itu akan membuat    kita menjadi orang yang lebih baik.
Keempat : Sebagai manusia kita mampu untuk membetulkan segala kesalahan yang kita lakukan.  Jangan teragak-agak dan malu untuk membetulkan kesalahan lalu kerana hal itu akan memastikan kita berada di atas landasan yang benar.
Kelima : Apa yang sangat penting bagi sebatang pensil bukanlah bahagian kayu di luarnya, tetapi grafit hitam di dalamnya.  Tanpa grafit hitam di dalamnya pensil tidak akan dapat berfungsi.  Begitu juga kita manusia dinilai bukan pada luarannya tetapi apa yang paling penting adalah apa yang ada di dalam diri kita.
Keenam : Sebagai manusia kita perlu hidup dan bekerjasama dengan orang lain jika kita ingin mendapat sesuatu yang hebat.  Secara individu kita tidak mampu mencipta kejayaan.  Oleh itu binalah kekuatan kita melalui perhubungan yang mulia.  Untuk menghasilkan sesuatu yang hebat juga sudah tentunya kita perlu sokongan dan bimbingan dari orang yang hebat juga.  Oleh itu dekatkan diri anda dikalangan orang-orang yang berilmu dan berjaya supaya anda mendapat munafaat daripadanya.
Ketujuh :  Sebagai manusia apa yang telah kita tinggalkan (wariskan) itulah yang membuktikan betapa hebatnya kita. Bukanlah darjah kebesaran dan  kekuasaan yang dimiliki, melainkan kerja-kerja kita yang telah memberi rahmat kepada seluruh alam dan makhluknya yang bakal menjadi bekalan. Itulah yang sebenarnya tujuan kenapa kita diciptakan.

LaGeNdA GuNuNg SaNtUbUnG


Jika dilihat dan diteliti Gunung Santubong kelihatan seperti seorang wanita sedang berbaring. Gunung Santubong merupakan gunung legenda yang terletak 35km di utara bandar Kuching, Sarawak. Ia setinggi 810 meter, 2658 kaki persegi dari paras laut berada dikedudukan sebuah semenanjung di Buntal.Jika dilihat dari kejauhan ia amat mendamaikan dengan keadaan sekelilingnya sentiasa diselubungi awan dan kabus.
Gunung Serapi merupakan gunung legenda yang terletak 20 km di barat Bandar Kuching, Sarawak. Ia setinggi 911 meter atau 2600 kaki persegi dari paras laut dan berada dikedudukan banjaran Gunung Matang.
Berikut adalah dua versi legenda mengenai puteri santubong buat tatapan dan pengkisahan maklumat sejarah kita.

              Inikah yang dikatakan keajaiban gunung santubung yang berbentuk muka manusia...!!!!!

Versi 1
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang adalah dua puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama tujuh orang saudara lelaki mereka selepas ayahanda mereka, Sultan Brunei dibunuh di dalam satu komplot rampasan kuasa. Memandangkan tujuh putera ini ingin melarikan diri ke Tanah Melayu, mereka perlu menyeberangi Laut China Selatan maka mereka telah bersepakat meninggalkan kedua-dua saudara mereka di Bukit Santubong.
Penduduk kampung berasa hairan dengan kehadiran kedua-dua puteri tersebut kerana mereka tidak pernah melihat kedua-duanya ditambah pula dengan kecantikan mereka yang luar biasa. Mereka dianggap sebagai puteri yang turun dari kayangan. Penduduk kampung dan puteri-puteri ini hidup aman damai sehinggalah kedua-dua mereka bergaduh dan berbunuh kerana menganggap seorang lebih cantik dari seorang lagi. Oleh itu, timbullah legenda Gunung Santubong dan Gunung Sejinjang.
Kembali kepada tujuh bersaudara itu pula, mereka telah meneruskan pelayaran mereka sehinggalah mereka sampai di Pulau Pinang menaiki burung bayan. Setelah mendarat mereka mencari tempat tinggal. Semasa di Pulau Pinang burung bayan yang ditunggang telah terlepas maka dari situlah Bayan Lepas di Pulau Pinang mendapat namanya. Difahamkan carta organisasi salasilah keturunan ini masih wujud di sana.
Versi 2
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang asalnya dari kayangan merupakan dua orang puteri sepupu. Ayahanda mereka Dewata Mulia Raja Kayangan telah menitahkan agar mereka turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Sebelum turun ke bumi, kedua-dua puteri telah dipesan agar jangan berlaku pergaduhan antara mereka yang mana kesannya mereka akan terkena sumpahan dan kekallah mereka di bumi.
Ketika kedua-dua puteri tiba ke bumi, penduduk kedua-dua Kampung Pantai Biru dan Pasir Kuning sungguh hairan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri kampung mereka. Kejelitaan dan sifat kewanitaan amat terserlah pada kedua-dua puteri ini.
Puteri Santubong telah menetap di kampung Pantai Biru dan menurunkan kemahiran menenun kain kepada orang-orang kampung di situ manakala Puteri Sejinjang pula mengajar mengasingkan sekam padi dengan aluk kepada orang-orang kampung Pasir Kuning. Dengan tunjuk ajar kedua-dua puteri ini, pertelingkahan pertukaran barang-barang yang berlaku selama ini telah terhapus dan orang-orang kampung hidup aman dan damai. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dijual dengan harga tinggi manakala tanaman padi Puteri Sejinjang begitu subur dan menjadi. Malangnya, kemakmuran yang dikecapi ini tidak berkekalan.
Kehadiran Putera Serapi dari Matang untuk melihat kehebatan kedua-dua kampung serta kecantikan dan kejelitaan kedua –dua puteri telah menimbulkan perasaan iri hati dan cemburu di hati kedua-dua puteri. Ini adalah kerana kedua-dua mereka telah jatuh hati dengan ketampanan, kewibawaan dan keperkasaan Putera Serapi yang mana telah jatuh hati kepada kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri juga.
Sementara itu, Panglima Putih berasa amat kecewa kerana pinangannya ditolak Puteri Sejinjang. Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang menyebabkan Puteri Sejinjang melarikan diri ke istana Puteri Santubong.
Mereka sering berjumpa dan memadu kasih. Putera Serapi telah menyatakan hasrat untuk memperisterikan kedua-dua puteri tetapi kedua-duanya tidak bersetuju kerana beranggapan masing-masing lebih jelita dan pandai. Perasaan benci,dendam dan iri hati makin menebal di dalam hati kedua-dua puteri demi untuk menawan hati Putera Serapi.
Mereka menggunakan kuasa kesaktian yang ada dan telah bergaduh berhari-hari lamanya untuk mempertahankan kejelitaan dan kemahiran masing-masing. Dalam kemarahan, Puteri Sejinjang telah mencapai aluk lalu dihayun dan terkena pipi Puteri Santubong. Jika diteliti lekukan ini dapat dilihat di Gunung Santubong sehingga kini. Melalui kudrat dan kekuatan yang terakhir, Puteri Santubong telah menikam belida di kepala Puteri Sejinjang menyebabkan otaknya bersepai lalu tersungkur kerana kesakitan. Secara tiba-tiba kilat sabung-menyabung disertai guruh berdentum. Cahaya terang dari langit kelihatan lalu mengangkat kedua-dua puteri ke kayangan.
Sumpahan kayangan berkekalan menjadikan Puteri Santubong sebagai gunung dan Puteri Sejinjang sebagai Pulau Kera . Putera Serapi yang kecewa terus membawa diri ke Gunung Serapi.
Jika diteliti dan diamati, gunung santubong kelihatan seperti seorang wanita sedang berbaring dengan rambut panjangnya yang terurai.Akibat pukulan belida yang amat kuat otak Puteri Sejinjang telah bersepai dan berselerakan menjadi Pulau Kera,Pulau Talang-talang,Pulau Satang,Pulau Lakir dan beberapa pulau kecil yang berhampiran
Versi legenda ini lebih diterima sehingga memberikan ilham kepada Tuan Haji Madeli Johari, bekas pengarah RTM Sarawak untuk mencipta lagu Puteri Santubong seperti di bawah. Buat mereka yang rajin menghayatinya, dilampirkan juga versi Bahasa Melayu Baku.

Kepala Atass Kuburrrr...............

                                         Beginilah contoh kepala atas kubur!!!!!


Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.


Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya... 


Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr".


Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?


Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.


"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku.


Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.


"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.


Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.


Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!


Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar.


Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam.

Wednesday, 25 July 2012

Lembaga Tua di Pulau Skijang


                                   
                                                  siapakah gerangannya????

   Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sewaktu saya, kawan-kawan 
sedarjah dan guru kami berkhemah di Pulau Sekijang Bendera (St John's Island).  Kami menginap disebuah 
rumah yang tidak berkerusi meja.  Yang ada hanyalah beberapa katil bertingkat yang berderetan dan dan 
sebuah kipas angin berdiri.  Pada malam pertama, kami tidur awal awal lagiu kerana kepenatan.  Pada kira 
kira 2.30 pagi, kami tersentak dan terus terbangun apabila mendengar suara orang menjerit.


  Yati, salah seorang rakan kami, sedang memandang kearah salah sebuah tingkap yang ternganga luas.  
Mukanya pucat lesi, seperti orang dalam ketakutan.  Saya dan rakan rakan cuba menenangkannya.  
Beberapa minit kemudian, Yati menceritakan bahawa dia ternampak satu lembaga berambut panjang dengan 
anggota dan pakaian berwarna putih sambil melambai lambaikan tangannya.  Menurut Yati, dia menjerit 
sekuat hatinya apabila lembaga itu mengilai sebelum meghilang.

  Saya cuba meyakinkan Yati bahawa apa yang dialaminya otu hanyalah satu mimpi atau imaginasinya sahaja,
kerana saya memang tidak percaya dengan hantu atau apa bentuk tahyul sekalipun.  Tetapi 
Yati tetap mendakwa apa yang dilihatnya benar benar berlaku.  Pada keesok malamnya, sebelum tidur, saya 
telah menutup semua tingkap dan pintu memandangkan cuaca begitu sejuk sekali.  Belum lam dibuai mimpi, 
saya terjaga kerana terasa begitu sejuk hinggkan seluruh badan saya menggigil.


  Saya melirikkan mata kearah tingkap dan pintu; semuanya terkunci rapi.  Tetapi apabila mata saya 
menyorot ke araj kipas angin disitu, hati saya tersentak apabila terpandang seorang tua sedang berdiri tegak 
- betul betul ditempat kipas angin itu.  Orang tua itu seperti meniup niup dan memusingkan kepalanya ke kiri 
dan kanan - sama seperti kipas angin lagaknya.
  Apakah kipas angin itu telah menjelma sebagai lembaga tua apabila malam menjelma?  Hati saya bertanya 
sendiri.  Saya dapat merasakan tiupannya itu dengan jlas, walaupun saya berjauhan daripadanya.  Kerana 
terlalu takut, saya memaksa diri saya tidur.
  Pada keesokkan paginya, saya menceritakan kejadian tersebut pada guru saya.  Anehnya, bukan saya 
seorang sahaja yang telah melihat lembaga wanita tua itu, malah guru saya juga.  Kerana tidak mahu kejadian 
aneh itu berulang, kami pun berkemas pulang ke tanah besar Singapura pada saat itu jugak.


Kisah Seram di Hotel

Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku pada Disember 1988, hari terakhir percutian kami sekeluarga.  
Kami singgah dibandar Melaka dalam perjalanan pulang selepas bercuti empat hari di Kuala Lumpur.  Kami 
menginap disebuah hotel di ibukota Melaka.  Selepas berehat. kami empat beranak dan seorang anak
 saudara isteri saya, pergi ke bandar hilir untuk membeli belah dan melihat lihat pemandangan pusat bandar 
Melaka yang yang bersejarah itu.  Kami pulang ke hotel sekitar 8 malam kerana suasana bandar MElaka 
telahpun sunyi.  Oleh kerana keletihan, anak perempuan kami yang ketika itu berusia dua tahun, terus tidur.  Isteri, anak saya dan anak saudara kami berbual bual sambil menonton televisyen.  Sekitar 11 malam, 
mereka semua tidur, sementara saya membaca akhbar.  Televisyen tidak saya matikan.

  Sekitar pukul 12.15 malam, ketika saya sedang menonton televisyen, tiba-tiba dari bilik air saya mendengar 

seperti ada orang mandi.  Bunyi curahan air dan paip air mengalir dalam air jelas kedengaran.  Saya tidak
 pedulikan kerana mulanya saya sangka mungkin orang bilik sebelah yang bermandi tengah malam.  Tetapi 
bunyi curahan air orang mandi terus didengar.  Saya macam tidak percaya, dan mula merasa seram.  Untuk
 menghilangkan rasa takut, saya terus membaca ayat-ayat suci al-Quran.  Saya juga tidak berani untuk 

memeriksa sekiranya betul-betul ada orang didalam bilik air.




  Saya tidak kejutkan isteri saya kerana tidak mahu dia merasa takut.  Mujur beliau dan anak kecil kami juga

 tidak bangun.  Bunyi orang mandi itu hilang selepas 10 minit.  Saya teruskan jugak membaca ayat-ayat suci 
untuk menjauhkan daripada gangguan lain selanjutnya.  Kemudian saya cuba melelapkan mata tetapi tidak 
dapat tidur semalaman itu sehinggalah pagi.  Saya tidak menceritakan kejadian yang saya alami itu pada isteri 
dan anak anak saya sehingga beberapa hari selepas pulang ke Singapura.

                                Benarkah seperti apa yang digambarkan?????



Syaitan Laknatullah..................


                                 wah kalau cam ni comelllll...................hahahah

HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.
Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.
"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.
"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.
"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.
Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.
Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.
Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.
Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.

Pontianak Mengilai!!!!!!!

Pengalaman ini aku lalui bersama tiga orang sahabat baikku, Azhar, Asyraf dan Halim sewaktu kami berada di Melaka. Ketika itu kami baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM. Kami rasa seolah-olah baru merdeka. Dengan itu, kami bertiga buat rancangan ronda seluruh semenanjung Malaysia. Kebenaran ibu bapa sudah kami perolehi, lesen kereta aku dan Asyraf dah ada. Apa lagiiii... raya sakanlah nampaknya!

Perjalanan berkereta dari Johor Bahru tidak begitu membosankan memandangkan kami sepakat untuk tidak melalui lebuhraya. Kami bertolak pagi lagi. Destinasi pertama kami ialah Muar. Kebetulan pula, musim durian sedang 'menjadi', maka kami tak lepaskan peluang, lahap sepuas-puasnya. Sebelum tu singgah Batu Pahat sekajap, jumpa member, Rin.

Kami teruskan perjalanan ke Melaka, dan bercadang untuk bermalam di Taman Rekreasi Ayer Keroh. Sebelum itu kami singgah di Umbai, makan ikan bakar. Azhar yang memang kuat makan berjaya menghabiskan tiga ekor ikan bawal bersaiz sederhana dan empat ekor ketam besar.

Selepas makan, kami berehat mengambil angin di pantai Kelebang. Satu masa dulu, aku ingat lagi, sewaktu kecil aku selalu ke sini dengan abangku. Tapi sekarang, nampaknya pantai ini tak meriah lagi. Banyak sampai tersadai di sana sini. Apa boleh buat...

Jam dah hampir menunjukkan pukul 11:00 malam. Oleh kerana agak keletihan, kami ubah rancangan. Kami batalkan rancangan bermalam di Taman Rekreasi. Sebaliknya, kami sewa bilik di Ayer Keroh Country Village, bersebelahan Mini Malaysia. Mini Malaysia ni pun dah tak semeriah dulu... takde orang pun datang. Aku pun tak tahu kenapa. Arghhh... peduli apa semua tu. Aku nak tidur. Esok nak bangun, nak jalan lagi...

Keesokannya, aku bangun paling lambat. Dia orang ni, bangun awal pun bukannya boleh harap. Aku jugak yang ditugaskan pergi cari sesuatu yang boleh dibuat sarapan. Takpe laa... lagipun memang aku yang pandu kereta. Lepas mandi, aku keluar beli roti canai di Taman Muzaffar Syah, dekat dengan kawasan tu. Roti canai? Huh! Roti canai mamak tu jual rasa macam kulit tapak kaki ada laa... liat nak mampus!

Aktiviti selanjutnya... mandi kolam sampai tengahari sebelum kami check-out. Perjalanan untuk ke destinasi selanjutnya ditangguhkan. Kami ambil keputusan untuk terus berada di Melaka hari ni. Lagipun aku nak jugak singgah di rumah mak angkat aku kat sini.

Lepas meronda ke sana sini, kami menghala pula ke lebuhraya. Asyraf yang memandu mengambil keputusan untuk menggunakan lebuhraya, kerana dia ni rabun malam. Susah sikit kalau ikut jalan lama. Azhar pulak tiba-tiba nak terkencing. Dah alang-alang berhenti, kami pun lepak seketika. Jam dah menunjukkan lebih kurang 8:50 malam masa tu. Kawasan tempat kami parking kereta tu memang agak suram.

Seketika kemudian, mata aku tertumpu ke sebuah rumah yang kelihatan begitu usang. Entah sapa la yang duduk kat rumah tu. Aku ingatkan aku sorang je yang tengok, rupanya Asyraf pun terperasan jugak.

Azhar dah selesai menunaikan hajatnya. Sambil hisap rokok, aku ajak dia orang semua pergi ke rumah tu, sebab tadi aku terdengar semacam suara orang menjerit. Pada mulanya, Halim menolak. Penakut agaknya mamat ni... hehe... Akhirnya dia pun bersetuju sebab kami bertiga dah setuju. Sah! Memang penakut dia ni. Takut tinggal sorang-sorang kat kereta. Hehee...

Setelah memastikan kereta berkunci, kami melangkah ke arah rumah tersebut dengan semangat berani mati la kononnya. Pergi ramai-ramai boleh laa... cuba kalau pergi sorang, huh! Hehehee...

Azhar masuk dulu, diikut Asyraf dan aku. Halim mengekori belakangku sambil tarik baju. Apa ni oiii, tarik baju orang! Dengan perlahan kami berjalan. Suasana di dalam rumah tersebut sungguh muram, tak ubah macam cerita drakula yang biasa kita tengok tu. Suasana yang gelap tak mengizinkan aku untuk mengecam sepenuhnya apa yang ada di sekitarku.

Tiba-tiba aku dengar Asyraf menjerit. Maaakkkkkkkkk...! Kami semua terdiam, kecuali Halim yang sejak mula tadi sibuk ajak kami keluar. Sayup-sayup kedengaran suara perempuan ketawa. Halus je bunyinya, tapi dah cukup untuk membuatkan bulu roma aku sendiri meremang. Arghh, nyesal pulak aku masuk. Tapi takpe... bila lagi nak tunjuk hero, terutamanya kat budak Halim ni. Keluar kang, kena kutuk pulak aku, hehehe...

Kami terus berjalan perlahan-lahan. Seketika aku terasa ada sesuatu merayap di belakangku. Arghh... apa pulak ni? Semakin lama semakin kuat dan aku rasa benda tu dah hampir sampai ke leher aku. Aku jadik terkedu. Ehh... Halim mana? Pada masa yang sama juga, aku dengar macam-macam suara orang menjerit kat dalam sana.

Ziiii....! Kedengaran suara Halim memanggil nama aku. Aku tak dapat menyahut sebab aku sendiri pun tengah layan benda merayap ni. Arghhhh... spontan aku tepis benda merayap tu dah aku lari ke depan. Asyraf dan Azhar dah hilang tah kemana. Aku tinggal sendirian. Tiba-tiba aku nampak sesuatu di hadapan! Aku tak dapat lari lagi, sebab aku sedang berada di sebuah lorong sempit, dan perjalananku dihalang oleh lembaga yang aku nampak tu.

Seorang perempuan cantik sedang berjalan perlahan-lahan ke arahku, memanglah cantik tapi yang tak sanggup tu ada taring pulak. Uwaaa... apa aku nak buat ni... Aku cuba baca apa-apa ayat yang aku ingat, tapi biasa la kan, kalau dah sampai peringkat menggelabah betul ni, satu apa ayat pun tak ingat. Baca lain keluar lain. Arghhh...

Lembaga tersebut semakin hampir. Aku jadi terpaku. Kakiku seolah-olah terikat di lantai, tak boleh diangkat. Ohh ibuuu... apalah nasib anakmu ini. Aku tak dapat buat apa-apa lagi melainkan berserah sahaja. Lembaga itu dah dekat betul. Aku pejamkan mata. Aikk... tak ada apa pun. Aku buka mata semula dan... lembaga tu dah hilang!

Aku berpaling ke belakang dan nampak Halim. Disebabkan gelap, aku tak dapat pastikan muka Halim tu pucat ke tidak. Aku paling ke depan semula dan berjalan terus. Zusssss...! Betul-betul depan muka aku, lembaga tadi muncul semula. Aku hampir terjerit, tapi sebenarnya dah memang menjerit pun. Lembaga tu mengilai dan hilang semula.

Aku rasa makin lama aku makin jauh masuk ke dalam, dan makin gelap pula tu. Arghhh... tak boleh jadi ni, aku kena keluar cepat. Halim masih di belakangku, berpaut kat baju aku. Abih laaaa baju aku. Arghhh... tak peduli, janji aku keluar. Berpeluh jugak aku ni.

Dalam dok mencari jalan keluar tu, aku tersepak suatu benda keras. Aku tunduk dan cuba mengamat-amati benda tu. Haaaa? Batu nesan? Arghhh... aku pulak yang jadi takut. Tak fikir panjang, aku terus berjalan, dengan harapan pintu keluar dah tak jauh dari situ. Halim masih 'melekat' kat belakang. Nak berlari, risau jugak aku, kot tersepak apa-apa lagi ke, tak ke naya kalau tersungkur!

Dalam pada tu, bunyi pintu dibuka tutup tak berhenti-henti. Aku dah semakin takut sebenarnya, tapi cuba buat rilek. Seketika, aku sampai di satu ruang yang agak luas. Kelihatan beberapa keping papan bertaburan di atas lantai. Aku perhatikan papan tu... arghh... nampak macam papan keranda. Aku lari. Tak pedulik dah... lantaklah Halim kena tinggal pun!

Aku betul-betul dah takut. Aku terus berjalan di ruang berhabuk tu, sampailah nampak cahaya kat depan. Aku berjalan lagi, dan aku lihat daun pintu di hadapanku bergerak secara tiba-tiba. Cepat oiii... Arghhh... rupanya Asyraf yang buka pintu tu. Aku berjaya keluar akhirnya. Tak lama kemudian aku nampak Halim keluar, sambil berlari!

Asyraf dan Azhar dah cucuh rokok. Masing-masing terdiam. Kami kemudiannya berjalan ke kereta dalam keadaan separuh sewel. Amacam? Ko nampak apa Azhar? Hehehe... dia gelak je. Cheh... mamat ni berani betul! Halim diam aje, sepatah pun tak bersuara.

Kami sampai kat kereta. Aku hidupkan enjin. Setelah semua masuk ke kereta, kami teruskan perjalanan. Halim kena duduk depan, jadik co-pilot, temankan aku. Tapi dia diam je. Aku pandang ke sebelah, dan... kah kah kah kah kah kah... terburai gelak. Halim terkencing dalam seluar! Kah kah kah... semua pakat gelak. Chehh.. aku gelakkan orang, aku pun kecut jugak sebenarnya. Cuma nasib baik, aku tak kencing lam seluar macam dia... hehehe.

Plaza Tol Ayer Keroh dah kami lepasi dan sekarang kami menghala ke Port Disckson. Bersama gelak yang tak henti-henti, kami tinggalkan 'Rumah Hantu' di Tapak Pesta Ayer Keroh bersama cerita haru Halim terkencing dalam seluar.

Aku gelak lagi... kah kah kah kah kah kah kah kah... apa la ngkorang baca cerita ngarut aku niii... kah kah kah kah kah! Buang masa je... kah kah kah kah kah kah kah kah...



                                              ni Maya Karin Versi baru ker??


Kalau pontianak macam maya karin eeee......berkaawan ker berkawin ker nak jer...kihkih betul cik kiah........asik ngumpat kang tiba2 bulu roma pulak menegak apa tandanya........kihkihkih

Tuesday, 24 July 2012

Ajaibnya Kehadiranmu -Part2

                                                               Selesai!!!!

Ajaibnya Kehadiranmu-Part1....

wahai wanita aku amat meinginkan kamu.....
aku mencintai kamu sepenuh cintaku..cintaku padamu adalah seluas lautan dan lebih tinggi dariapapun...
namun, ku masih sedar bahawa cintaku pada Allah S.W.T lebih tinggi dari segalanya..
manakala, kasihku pada kedua orang tuaku sangat mendalam...
wahai wanita fahamilah dan selamilah hati pasanganmu....
sebelum keputusan dibuat dan termetrainya sebuah janji dan ikatan........

Kisah Sebatang Sudu

Cerita bermula dii sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung yang indah dan permai... 
PakPandir pergi berjumpa dengan doktor


                                            kekawan ini sudu bukan kuali tau????


Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil teleskop) 

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor. 

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari. 

Pak Pandir : Terima kasih. 

Seminggu kemudian….. 

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak? 

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…) 

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke? 

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor……. 

Doktor : Kenapa dengan sudu? 

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor! 

Doktor : ??????? 




moralnya.....jadi orang janganlah lurus macam bendul jalan.....apa pun tak boleh...kihkihkih