Kadang-kadang kita terpaksa berkorban untuk kebahagian orang lain. Kenapa aku berkata begitu kerana kalau disebutkan soal pengorbanan aku rasa akulah manusia yang paling banyak berkorban untuk hidup orang lain. Akhir sekali orang langsung tak menghargai pengorbanan aku..mungkin sapa2 yang membaca penulisan aku ni anggap aku poyo dan skema...lantak ko oranglah nak anggap aku poyo ke apa ke dah blog aku suka hati akulah...hehehhe..jangan mare, gurau jer...Aku pernah bercinta dan pernah bertunang dengan seorang gadis yang ku anggap jelitanya lebih dari siti nurhaliza... Kalau aku sebuty lagi tentang kecantikannya tentu korang kata aku bohong dan gilerr... Biar aku gelarkan bekas tunang aku ni sebagai anies. Mak bapak dia memang tak suka gila dekat aku maklumkan aku baru habis U masa tu kerja pung tak ader hidup terkontang kanting kat JB ni. Kira anieslah banyak tanggung hidup aku selepas aku habis U dulu. Aku sebenarnya takderlah perasaan sangat pada anies tapi mungkin sebab kesungguhan dia mengambil berat pada aku masa tu menyebabkan aku juga turut mencintainya lama kelamaan.. Namun, sebelah mata pun mak bapak dia tak pandang akusebab aku anak kampung dan miskin ..kereta pun tak ada nak bawa dia jalan-jalan tapi sebab anak dia orang nak jugak dekat aku maka bertunanglah aku..
Cinta memang ajaib, dalam banyak2 lelaki yang nak ayat si anies ni aku jugak yang dia nak. Mungkin sebab aku selalu menjadi tempat dia meluahkan kesepian dan kesunyian hidupnya. Dia memang seorang anak gadis yang hidup dalam kemewahan, gila ko umur 19 tahun dah pakai Kereta Honda Jazz dalam sekitar 2003 masa tu. Belajar kat YPJ pulak tu. Aku terpaksa ikut sahaja kehendak si anies maklumlah segala2 hidup aku dia yang urus dan aturkan. Bagusnya si anies ni, dia sangat ambik berat tentang mak ayah aku kat kampung. Tiap-tiap bulan ada saja barang-barang yang dia belikan sebagai hadiah untuk mak ayah aku dan mak aku amat sayang pada si anies ni. Tapi sikap dia yang amat mengokong aku buat aku jadi rimas. Last sekali dalam sekitar 2006, hubungan aku dengan anies jadi agak tak menentu sejak dia balik pindah kat kelantan. Kalau dulu dalam sehari dekat 30x dia akan tel aku, tanya aku duk buat apa..dah makan ke belum..cuak jugak aku perubahan mendadak si anies ni...dalam seminggu nak tel aku pun susah n than kalau aku tanya alasan dia dia akan kata dia sibuk dengan kuliah..Akhirnya, anies memutuskan pertunangan aku dengan dia tanpa apa2 alasan..puas aku cuba bertanyakan puncanya tapi aku gagal mendapat jawapan dari anies..sasau jugak aku dibuatnya... akhirnya aku pujuk hati aku dan redha dengan ketentuan tuhan.
Akhirnya aku berkenalan dengan Rohayu. Pada mulanya aku ingin mengenali Rohayu hanya kerana simpati dengan kisah-kisah silam hidupnya. Aku terlalu ingin mendekati dan mengetahui kehidupan Rohayu sebagai seorang GRO. Aku menjadi rapat dengan Rohayu. Aku pernah bawak Rohayu berjumpa dengan family aku.. Aku memang tak kisah kalau semua family aku, makcik2 aku atau pakcik2 aku nak kutuk aku dan aku nekad nak kenalkan rohayu pada mereka. Aku amat bersimpati dengan hidup rohayu dan demi Allah aku nak bimbing dia tentang agama (hehhe..hidup aku pun tak betul masa tu nak bimbing orang kononnya..hehe). Aku selalu bagi tahu pada rohayu, aku akan selalu ada jika dia memerlukan aku (Sekali lagi ayat poyo dan jiwang giler dari aku..heheh).Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memenuhi setiap permintaan rohayu dan sekiranya dia ada masalah, aku akan berusaha sebaik mungkin untuk cuba menyelesaikan masalah yang menimpa dia. Setiap kali dia nak balik kampung aku tak pernah lupa untuk kirimkan buah tangan untuk mak dan ayahnya termasuk adik2nya.
Ramai kawan-kawan aku kata aku bodoh buat itu semua pada seorang GRO yang hanya layak untuk menjadi tempat lempias nafsu seks semata-mata. " Kau buat semua ni, apa yang kau dapat? bukannya kau boleh tidur dengan dia pung. Aku nampak mcm bodoh jer kau ni" berdesing telinga aku mendengar kata-kata tu tapi takper aku tetap sabar dan itulah harga yang terpaksa aku bayar. Biarlah orang nak kata apa pun dekat aku tapi aku puas dapat buat baik pada rohayu dan aku memang menghormati rohayu sebagai seorang wanita yang bermaruah walaupun aku tahu kerjaya dia itu menuntut dia berada dalam pelukan ramai lelaki.. Setiap malam dia akan bertukar lelaki untuk memeluknya. Adeiii...sebaklah pulak nak meneruskan penulisan ini.
Amat nyata aku telah mengherat hidup aku dalam kekalutan ini semua..tapi aku tertanya2 jugak betul ke ini semua sedangkan rohayu amat sopan apabila berada di sisi aku sedikit pun dia tidak menunjukkan perwatakan sebagai popuan liar...aku tertanya2 sendiri pada diri aku...Rohayu pernah ditangkap oleh polis kat Clubbing goyang kepala. Aku tercengang, dan melalui maklumat yang aku dapat dia positif Estsy. Aku tak dapat bayangkan macam mana keadaan seseorang itu apabila ambik Estsy dan masuk clubbing goyang kepala. Aku tanya dia kenapa ambik ini semua, tak fikir ke ibu dia kat kampung dan adik2 dia yang masih kecil. Macam mana kalau mak dia kat kampung tahu dia kena tangkap sebab telan Estsy. Dia menyesal buat itu semua. Dia cakaplah dan dia janji pada aku tak akan buat lagi benda ni. Berbuih mulut aku bagi kutbah agama kat rohayu masa tu. Aku cuba ikut geng-geng polis narkotik pergi satu tempat clubbing goyang kepala kat jalan klang lama. Atas ajakan kawan aku yang jugak bahagian perisikan narkotik Bukit Aman.
Adei..betapa terukkkkkkkkkk....betapa dah tak betul aku tengok minah-minah yang kena estsy dalam kelab tu....memang gila, mcm kena rasuk iblis sekor2 dalam tu dan semua telan estsy dah kokein duk beromen disegenap penjuru....Aku dah lah tak minum arak, minum air coke jerlah..buat2 layan kepala konon.. Setiap anak2 muda tak kira laki dan ppopuan menari dengan cukup lucah selucahnya setiap penjuru tempat dalam clubbing tu..Aku tunduk memandang lantai...aku pejam mata rapat-rapat....Mungkin inilah keadaan Rohayu waktu kena tangkap dengan polis kat clubbing goyang kepala ari tu. Kawan aku offer seorang GRO Cina untuk teman aku, tapi aku menolak cara baik, aku datang situ niat aku nak tengok bagaimana keadaan manusia yang telah estsy dan layan muzik membingitkan. Memang teruk dan memang dasyat perlakuan setiap mereka.. Aku menarik nafas panjang dan istigfar dalam2...aku mintak diri pada kwn2 polis aku yang dah tak berapa waras dah semua pada masa tu...
Pulang ke rumah aku meneruskan penulisan novel aku untuk bab seterusnya setelah melihat sendiri dengan kepala aku keadaan orang yang dah separuh gila telah pill tu. (Adeii, tiba-tiba mood aku hilang lagi malam ni untuk terus menulis kisah ini dalam blog aku...huhuhu..aku sambung baliklahn ada mood nanti...insya Aku habiskan kisah ni sehingga aku booking Flight Air asia untuk menziarah rohayu..sori yek...aku takder mood lagi menulis malam ni...hehehhe..)

No comments:
Post a Comment