Blogger Widgets

Thursday 16 August 2012

kisah malam pertama dengan sos cili????



sos cili


Rahmat baru sahaja berkahwin dengan Era..
Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berehat di dalam bilik kerana keletihan membantu mengemas dapur, membersihkan periuk, kuali dan segala macam benda lagi..
Sambil berehat di dalam bilik, mereka makan burger yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera..
Emak Rahmat yang sememangnye suke menjaga tepi kain orang termasuk anak2nye sendiri memasang telinga dari pintu bilik untuk mendengar perbualan antara anak dan menantu barunye…

Era : bang, dah dipicit2 ni…tp xkeluar2 pon…
Rahmat : lambat sket la tuh nk kuar..lubangnye kecik sgt..sbrlah syg..
Era : ala…lambatnye..xsbr lah bang..saye potong jek lah hujungnye..bg bsar sket lubang ni…boley ke bang..
secara tiba2…mak Rahmat meluru masuk ke bilik anaknye dan terus berteriak..
alamak terkena sudah!!!
Mak : jangan!!!!!!! jangan gunting anu anak aku!!!!!!!!!!!!
Rahmat & Era : @#$%%^&**.. nape ni mak.. nk potong sos cili paket ni xboley ke??

Monday 13 August 2012

KISAH 3 EKOR KELDAI!!!!



Sama-sama bodoh???

eee...susahnya nak gigit ekor ni...!!!
Suatu hari, seorang bapa pergi bersama anaknya keluar kota. Dalam perjalanan itu, si anak menunggang keldai sementara si bapa berjalan kaki sambil memegang tali keldai yang ditunggangi anaknya. Out of the blues, seseorang menegur.

"Dunia memang sudah akhir zaman.Bagaimana mungkin anak dengan enaknya menaiki keldai sementara ayahnya dibiarkan sahaja berjalan kaki. Sungguh biadab anak tersebut and tak sedar diri!"

Mendengarkan kata² itu, anak pun berkata kepada si bapa.
"Ayah, bukankah saya sudah katakan tadi, naiklah keldai ni, Biar saya saja yang berjalan kaki."

bapanya pun bersetuju untuk menurut kemahuan anaknya itu dan juga menurut kata orang yang menegurnya.

Di tengah perjalanan, mereka bertemu dengan sekelompok orang yang kali ini mencella si bapa pula.

"Teruk sungguh orang tua ni, membiarkan anaknya berjalan kakai sementara dia dengan enaknya duduk di atas keldai. Orang tua ini sungguh tidak punya rasa belas kasihan pada anaknya."

Mendengar cakap cakap tersebut, si bapa akhirnya mengajak anaknya menaiki keldai itu berdua untuk menutup mulut orang dari mengata mereka lagi.

Setelah keduanya menaiki kelda tersebut, mereka bertemu pula dengan kelompok orang yg sedang duduk-duduk di pinggir jalan. Salah seorang dari orang di situ berkata.

"Hai teman-teman, cuba kalian lihat betapa kejamnya mereka, menunggang keldai yang lemah itu berdua!"

Kerana tidak tahan mendengar kutukan itu, si bapa dan anaknya pun turun dari keldai . Keldai itu kemudiannya dipimpin sementara mereka berdua berjalan kaki. Tidak lama selepas itu, mereka berpapasan dengan sekumpulan orang jalanan. Orang yang berada disitu pun berkata kepada si bapa.

"Kalian berdua ni memang sudah gila, membiarkan keldai begitu saja tanpa dinaiki sementara kalian berjalan kaki padahal cuaca siang ni sangat panas.

Dengan rasa kesal si bapa pun berkata kepada anaknya.

"Anakku, manusia memang hanya tahu mencela. Tidak ada yang selamat dari cercaan orang lain"

Monday 6 August 2012

BUNGA CENGKIH.....


Kononnya, disebuah negeri, raja dan sekalian rakyatnya malu untuk bercakap kerana mulut mereka tetap berbau busuk.

“Apakah wabak yang menyerang negeri ini?” tanya raja.

Apabila raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya, semuanya diam membisu. Mereka takut hendak bercakap kerana mulut mereka berbau busuk.

Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri raja bersama dayang-dayangnya keluar bermain-main. Mereka juga diam tidak bercakap. Mulut mereka semuanya berbau busuk. Tiba-tiba seekor burung murai terbang dan hinggap di sepohon bunga. Murai itu berkicau dengan rancak. Ia seolah-olah sedang bercakap dengan tuan puteri. Puteri raja tetap membisu.

Murai itu berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga yang ada di dahan tempat ia berpijak.
BUNGA CENGKIH

Akhirnya puteri raja pergi ke pokok bunga itu. Bunga kecil itu diambil dan dimakannya. Selang beberapa hari dia berbuat begitu, akhirnya bau busuk di mulutnya hilang. Mulutnya berbau wangi pula. Sejak hari itu, puteri raja seorang sahajalah yang tidak malu bercakap-cakap.

Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu. Perihal pokok bunga itu pun diceritakan oleh puteri baginda. Sejak itu, baginda memerintahkan rakyatnya menanam dan memakan bunga pokok itu.

Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang. Semua rakyat terlalu gembira. Mereka boleh berkata-kata dan tidaklah diam lagi.

Raja memerintahkan rakyat menanam pokok itu. Akhirnya bunga itu menjadi hasil negeri. Bunga itu dikenali dengan nama bunga cengkih.
Pengajaran :
1. Jangan takut mencuba perkara baru.
2. Fikir selalu keajaiban ciptaan tuhan.
3. Komunikasi amat penting dalam perhubungan.

Thursday 2 August 2012

kisah teh berharga RM 1.00......

SENYUMLAH SELALU MACAM SAYA
LALAT!!!!
Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan
segalas teh ais...
Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak
meminumnya dia mendapati ada seekor lalat
sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia memanggil
pelayan....

"Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya...!"

Dengan muka bad word si pelayan menjawab..
"takkanlah dengan harga teh RM 1.00 Anda mengharapkan
ada kambing di dalamnya..."






Ya allah ampunkanlah dosaku,,,aku tak ingin dikorban...waaaaaaaaaaaa

Lawak Akta 15 :akta Pekerja!!!!

 AKTA BERCOUPLE : MERUJUK KEPADA AKTA 15
Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. 

"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" 

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...


"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan
Separuh Jalan Sahaja"

Wakakakaka... ... ...

WARKAH CINTA MAT ROCK.'.'.'.'.'.'.'.'



GUA KASI SENGAT SAMA LU !!!!


Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati

Wednesday 1 August 2012

CINTA AMAT MENYAKITKAN


termanggu.....
Kadang-kadang kita terpaksa berkorban untuk kebahagian orang lain. Kenapa aku berkata begitu kerana  kalau disebutkan soal pengorbanan aku rasa akulah manusia yang paling banyak berkorban untuk hidup orang lain. Akhir sekali orang langsung tak menghargai pengorbanan aku..mungkin sapa2 yang membaca penulisan aku ni anggap aku poyo dan skema...lantak ko oranglah nak anggap aku poyo ke apa ke dah blog aku suka hati akulah...hehehhe..jangan mare, gurau jer...Aku pernah bercinta dan pernah bertunang dengan seorang gadis yang ku anggap jelitanya lebih dari siti nurhaliza... Kalau aku sebuty lagi tentang kecantikannya tentu korang kata aku bohong dan gilerr... Biar aku gelarkan bekas tunang aku ni sebagai anies. Mak bapak dia memang tak suka gila dekat aku maklumkan aku baru habis U masa tu kerja pung tak ader hidup terkontang kanting kat JB ni. Kira anieslah banyak tanggung hidup aku selepas aku habis U dulu.  Aku sebenarnya takderlah perasaan sangat pada anies tapi mungkin  sebab kesungguhan dia mengambil berat pada aku masa tu menyebabkan aku juga turut mencintainya lama kelamaan.. Namun, sebelah mata pun mak  bapak dia tak pandang akusebab aku anak kampung dan miskin ..kereta pun tak ada nak bawa dia jalan-jalan  tapi sebab anak  dia orang nak jugak dekat aku maka bertunanglah aku..

Cinta memang ajaib, dalam banyak2 lelaki yang nak ayat si anies ni aku jugak yang dia nak. Mungkin sebab aku selalu  menjadi tempat dia meluahkan kesepian dan kesunyian hidupnya. Dia memang seorang anak gadis yang hidup dalam kemewahan, gila ko umur 19 tahun dah pakai Kereta Honda Jazz dalam sekitar 2003 masa tu. Belajar kat YPJ  pulak tu.  Aku terpaksa ikut sahaja kehendak si anies maklumlah segala2 hidup aku dia yang urus dan aturkan. Bagusnya si anies ni, dia  sangat ambik berat tentang mak ayah aku kat kampung. Tiap-tiap bulan ada saja barang-barang yang dia belikan sebagai hadiah untuk mak ayah aku dan mak aku amat sayang pada si anies ni. Tapi sikap dia yang amat mengokong aku buat aku jadi rimas. Last sekali dalam sekitar 2006, hubungan aku dengan anies jadi agak tak menentu sejak dia balik pindah kat kelantan. Kalau dulu dalam sehari dekat 30x dia akan tel aku, tanya aku duk buat apa..dah makan ke belum..cuak jugak aku perubahan mendadak si anies ni...dalam seminggu nak tel aku pun susah n than kalau aku tanya alasan dia dia akan kata dia sibuk dengan kuliah..Akhirnya, anies memutuskan pertunangan aku dengan dia tanpa apa2 alasan..puas aku cuba bertanyakan puncanya tapi aku gagal mendapat jawapan dari anies..sasau jugak aku dibuatnya... akhirnya aku pujuk hati aku dan redha dengan ketentuan tuhan.

Akhirnya aku berkenalan dengan Rohayu.  Pada mulanya aku ingin mengenali Rohayu hanya kerana simpati dengan kisah-kisah silam hidupnya. Aku terlalu ingin mendekati dan mengetahui kehidupan Rohayu sebagai seorang GRO. Aku menjadi rapat dengan Rohayu. Aku pernah bawak Rohayu berjumpa dengan family aku.. Aku memang tak kisah kalau semua family aku, makcik2 aku atau pakcik2 aku nak kutuk aku dan aku nekad nak kenalkan rohayu pada mereka. Aku amat bersimpati dengan hidup rohayu dan demi Allah aku nak bimbing dia tentang agama (hehhe..hidup aku pun tak betul masa tu nak bimbing orang kononnya..hehe). Aku selalu bagi tahu pada rohayu,  aku akan selalu ada jika dia memerlukan aku (Sekali lagi ayat poyo dan jiwang giler dari aku..heheh).Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memenuhi setiap permintaan rohayu dan sekiranya dia ada masalah, aku akan berusaha sebaik mungkin untuk cuba menyelesaikan masalah yang menimpa dia.  Setiap kali dia nak balik kampung aku tak pernah lupa untuk kirimkan buah tangan untuk mak dan ayahnya termasuk adik2nya.

Ramai kawan-kawan aku kata aku bodoh buat itu semua pada seorang GRO yang hanya layak untuk menjadi tempat lempias nafsu seks semata-mata. " Kau buat semua ni, apa yang kau dapat? bukannya kau boleh tidur dengan dia pung. Aku nampak mcm bodoh jer kau ni" berdesing telinga aku mendengar kata-kata tu tapi takper aku tetap sabar dan itulah harga yang terpaksa aku bayar.  Biarlah orang nak kata apa pun dekat aku tapi aku puas dapat buat baik pada rohayu dan aku memang menghormati rohayu sebagai seorang wanita yang bermaruah walaupun aku tahu kerjaya dia itu menuntut dia berada dalam pelukan ramai lelaki.. Setiap malam dia akan bertukar lelaki untuk memeluknya. Adeiii...sebaklah pulak nak meneruskan penulisan ini.

 Amat nyata aku telah mengherat hidup aku dalam kekalutan ini semua..tapi aku tertanya2 jugak betul ke ini semua sedangkan rohayu amat sopan apabila berada di sisi aku sedikit pun dia tidak menunjukkan perwatakan sebagai popuan liar...aku tertanya2 sendiri pada diri aku...Rohayu pernah ditangkap oleh polis kat Clubbing goyang kepala. Aku tercengang, dan melalui maklumat yang aku dapat dia positif Estsy. Aku tak dapat bayangkan macam mana keadaan seseorang itu apabila ambik Estsy dan masuk clubbing goyang kepala. Aku tanya dia kenapa ambik ini semua, tak fikir ke ibu dia kat kampung dan adik2 dia yang masih kecil. Macam mana kalau mak dia kat kampung tahu dia kena tangkap sebab telan Estsy. Dia menyesal buat itu semua. Dia cakaplah dan dia janji pada aku tak akan buat lagi benda ni. Berbuih mulut aku bagi kutbah agama kat rohayu masa tu.  Aku cuba ikut geng-geng polis narkotik pergi satu tempat clubbing goyang kepala kat jalan klang lama. Atas ajakan  kawan aku yang jugak bahagian perisikan narkotik Bukit Aman.

Adei..betapa terukkkkkkkkkk....betapa dah tak betul aku tengok minah-minah yang kena estsy dalam kelab tu....memang gila, mcm kena rasuk iblis sekor2 dalam tu dan semua telan estsy dah kokein duk beromen disegenap penjuru....Aku dah lah tak minum arak, minum air coke jerlah..buat2 layan kepala konon.. Setiap anak2 muda tak kira laki dan ppopuan menari dengan  cukup lucah selucahnya setiap penjuru tempat dalam clubbing tu..Aku tunduk memandang lantai...aku pejam mata rapat-rapat....Mungkin inilah keadaan Rohayu waktu kena tangkap dengan polis kat clubbing goyang kepala ari tu. Kawan aku offer seorang GRO Cina untuk teman aku, tapi aku menolak cara baik, aku datang situ niat aku nak tengok bagaimana keadaan manusia yang telah estsy dan layan muzik membingitkan. Memang teruk dan memang dasyat perlakuan setiap mereka.. Aku menarik nafas panjang dan istigfar dalam2...aku mintak diri pada kwn2 polis aku yang dah tak berapa waras dah semua pada masa tu...

Pulang ke rumah aku meneruskan penulisan novel aku untuk bab seterusnya setelah melihat sendiri dengan kepala aku keadaan orang yang dah separuh gila telah pill tu. (Adeii, tiba-tiba mood aku hilang lagi malam ni untuk terus menulis kisah ini dalam blog aku...huhuhu..aku sambung baliklahn ada mood nanti...insya Aku habiskan kisah ni sehingga aku booking Flight Air asia untuk menziarah rohayu..sori yek...aku takder mood lagi menulis malam ni...hehehhe..)